Sebelum ini, jika anda ingin menguji beberapa fungsi baru yang masih pada peringkat eksperimen di YouTube, anda boleh melakukannya dengan membuat sedikit perubahan kod pada pelayar web. Tetapi, kini ia berubah, dan anda boleh menguji pelbagai fungsi eksperimental pada YouTube dengan mudah – dimana anda hanya perlu melanggan kepada TesTube.
TesTube merupakan salah satu fungsi seumpama Google Labs sebelum ini, membolehkan para pengguna melanggannya dan bereksperimen dengan penawaran fungsi eksperimental baru pada laman perkhidmatan video terbesar berkenaan.
Buat masa ini, dua fungsi eksperimental ditawarkan. Salah satunya adalah rekaan pemain video yang baru dimana masih pada peringkat pembangunan dan mungkin diimplementasikan secara meluas tidak lama lagi.
Satu lagi fungsi eksperimental baru yang turut ditawarkan YouTube secara rasmi dibawah TesTube adalah kebolehan menikmati video dengan paparan 4K melalui pelayar web anda.
Kedua-duanya boleh diakses dengan mengaktifkannya melalui laman TestTube hari ini.
- Layari : YouTube TestTube