Yelp Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pengguna Malaysia – Menawarkan Lencana Khusus, Sokongan Bahasa Malaysia

Yelp Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pengguna Malaysia – Menawarkan Lencana Khusus, Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Mei 7, 2015 oleh .

Yelp merupakan salah satu perkhidmatan direktori sosial yang popular dibeberapa buah negara, malah diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan terpilih – termasuk sebagai contoh pada peranti HTC One M9 terbaru. Hari ini, Yelp secara rasminya memasuki pasaran tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna di Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan tersebut dalam menemui pelbagai lokasi menarik baru, selain memberikan ulasan untuk lokasi-lokasi tersedia pada pangkalan data mereka.

Yelp Malaysia

Dengan pelancaran rasmi di Malaysia hari ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk mencari pelbagai lokasi menarik pada perkhidmatan Yelp – dan ia bakal ditambah dari hari ke hari. Buat masa ini, menurut Yelp, mereka mempunyai ribuan lokasi tersenarai, dan pengguna sudah boleh mula menambah ulasan untuknya berdasarkan pengalaman mereka di sesuatu lokasi tersebut.

Bagi para pemilik perniagaan pula, mereka boleh mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma pada perkhidmatan Yelp ini, dan memantaunya serta berinteraksi dengan pelbagai komen yang ditinggalkan para pengguna.

Yelp Malaysia

Buat masa ini, Yelp dilihat lebih memfokuskan kepada para pengguna sekitar Kuala Lumpur sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat mereka terus memperluaskannya dari hari ke hari. Khusus untuk pengguna tempatan, Yelp mengatakan mereka menawarkan sebuah lencana khusus, selain turut menambah dua kategori baru yang mana adalah untuk “Nasi Lemak” dan juga “Kedai Mamak”.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi direktori sosial Yelp! ini hari ini ke peranti mudah-alih anda dan mula menggunakannya, ataupun turut pada masa yang sama melayari web khusus mereka untuk melihat pelbagai lokasi yang disenaraikan. Pilihan bahasa Malaysia juga turut disokong pada aplikasi dan web rasmi Yelp! Malaysia.

Yelp

Yelp

Yelp

Layari : Yelp

Muat-Turun Yelp untuk Android, iPhone atau Windows Phone

Layari : Yelp untuk Perniagaan


TIPS & ULASAN