Cari @ Amanz

Swam StickersPernah suatu ketika dahulu kami akan melakukan daftar masuk setiap kali ke tempat baru menggunakan aplikasi Foursquare. Daftar masuk ini kemudian menjadi kebanggaan kerana anda boleh mendapat lencana khas mengikut berapa kerap anda melakukan daftar masuk. Jika anda kerap melakukan daftar masuk ke sesebuah lokasi anda akan diberitakan status Mayorship oleh Foursquare.

Selepas aplikasi ini berubah kepada Swarm fungsi lencana dan Mayorship ini tidak lagi disokong. Keperluan melakukan daftar masuk setiap kali pergi ke sesebuah tempat kini tidak lagi dilakukan kebanyakan pengguna kerana tidak memberikan sebarang ganjaran kepada mereka.

Hari ini ada sedikit berita baik but mereka yang merindui dua fungsi klasik Foursquare di atas. Swarm kini menyokong fungs pelekat. Beberapa lencana yang anda kumpul melalui Fourquare kini diubah menjadi pelekat di dalam Swarm. Pelekat ini kemudian boleh digunakan untuk menghiasi daftar masuk Swam anda. Malang sekali tidak semua lencana dari Foursquare disokong. Hanya terdapat 100 pelekat yang boleh anda kumpul di dalam Swarm bergantung kepada lokasi anda mendaftar masuk.

Fungsi Mayorship yang paling dikehendaki oleh pengguna Swarm pula akan disokong semula dalam jangka masa terdekat. Anda boleh mengumpul jumlah daftar masuk mulai sekarang sementara menanti fungsi ini diaktifkan. Zaman kegemilangan menjadi datuk bandar perhentian bas, restoran makanan segera dan masjid anda akan kembali semula selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd