Camera51 Hadir Ke iPhone Dalam Usaha Memudahkan Anda Merakamkan Gambar Dari Sudut Menarik

Camera51 Hadir Ke iPhone Dalam Usaha Memudahkan Anda Merakamkan Gambar Dari Sudut Menarik

Diterbitkan pada Mei 7, 2015 oleh .

Pada tahun lepas, kita telah menyaksikan pengenalan aplikasi baru dinamakan Camera51 untuk Android dalam usaha memudahkan para pengguna merakamkan gambar daripada sudut dan posisi yang baik – sekaligus menghasilkan rakaman gambar yang cantik. Terkini, aplikasi yang sama turut diterbitkan bagi para pengguna iPhone.

Camera51

Menggunakan aplikasi Camera51 ini, ia menggunakan algoritma tersendiri untuk menilai sudut rakaman yang menarik untuk sesuatu situasi. Pengguna akan dipaparkan dengan sebuah gambar kotak kecil pada bahagian tengah aplikasi kamera, dan anda hanya perlu gerakkan peranti sehingga ia diposisikan pada bahagian kotak berkenaan.

Selain daripada rakaman kamera belakang, ia juga turut digunakan untuk rakaman gambar selfie menggunakan kamera hadapan.

Bagi para pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Camera51 ini secara percuma hari ini dan mencubanya sendiri dalam merakamkan gambar yang menarik melalui kamera telefon pintar anda.

Muat-Turun Camera51 untuk iPhone


TIPS & ULASAN