Hong Leong Connect Menjadi Aplikasi Perbankan Malaysia Pertama Menyokong Apple Watch

Hong Leong Connect Menjadi Aplikasi Perbankan Malaysia Pertama Menyokong Apple Watch

Diterbitkan pada Mei 7, 2015 oleh .

Hong Leong Bank Berhad kini menjadi bank pertama di Malaysia yang mengumumkan sokongan untuk jam tangan pintar terbaru Apple, iaitu Apple Watch. Melalui pengumuman Hong Leong Bank, mereka mengatakan kini aplikasi Hong Leong Connect boleh digunakan bersama-sama Apple Watch – sekaligus memudahkan para pengguna membuat transaksi terus daripada pergelangan tangan.

Hong Leong Apple Watch

Untuk makluman, Apple Watch masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia, dan hanya dijual di beberapa buah negara sahaja buat masa ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple Watch akan diperkenalkan di pasaran tempatan, tetapi ia dilihat Hong Leong Bank telah bersedia untuknya.

Melalui aplikasi Hong Leong Connect yang menyokong Apple Watch ini, ia membolehkan para pengguna melihat baki pada akaun mereka, serta melihat TAC untuk melakukan transaksi perbankan.

Seperti biasa, untuk melakukan pemasangan, pengguna perlu melakukannya melalui aplikasi iPhone, dan mengaktifkannya untuk digunakan pada Apple Watch.


TIPS & ULASAN