Yelp Dilaporkan Telah Bertemu Dengan Beberapa Pihak Untuk Membeli Perkhidmatan Berkenaan

Yelp Dilaporkan Telah Bertemu Dengan Beberapa Pihak Untuk Membeli Perkhidmatan Berkenaan

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

YelpYelp baru sahaja memasuki pasaran Malaysia secara rasminya semalam, dan hari ini laporan menarik hadir, mengatakan perkhidmatan tersebut sedang mencari pembeli untuk meneruskan perkhidmatan yang popular dengan ulasan pengguna berkaitan pelbagai perniagaan sekitar mereka.

Menurut WSJ, Yelp telah bertemu dengan beberapa pembeli dalam minggu-minggu yang lepas, dan melihat kepada harga jualan sekitar $3.5 bilion.

Yelp seperti semua sedia maklum mempunyai pangkalan data ulasan pengguna yang besar dan meliputi beberapa buah negara. Pengambil-alihannya bukan sahaja akan memberikan ulasan pengguna untuk pelbagai perniagaan, tetapi juga kepada pangkalan data lokasi perniagaan. Semestinya ini akan menarik perhatian ramai pemilik baru, dimana pangkalan datanya amat berguna untuk pelbagai tujuan.

Apa pun, menurut laporan sama, terdapat juga kemungkinan untuk Yelp menolak sebarang pembeli baru dan mengekalkan operasi mereka seperti sedia kala.


TIPS & ULASAN