Spotify Dilaporkan Sedang Melihat Ke Arena Penstriman Video

Spotify Dilaporkan Sedang Melihat Ke Arena Penstriman Video

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular di dunia, termasuk di Malaysia. Di Malaysia sendiri, Spotify bekerjasama dengan Maxis dalam menawarkan perkhidmatan mereka, selain turut menawarkan perkhidmatan mereka untuk dilanggan oleh semua secara percuma atau mendapatkan langganan premium pada harga RM14.99 sebulan.

Spotify Baru - Desktop

Terkini, Spotify dilihat bukan sahaja hanya melihat kepada arena penstriman muzik, tetapi turut kepada arena penstriman video. Spotify dikatakan kini dalam persiapan untuk berkongsi dengan umum berkenaan dengan perancangan mengenai penstriman video mereka – dan mungkin diumumkan seawal 20 Mei ini.

Spotify semestinya perlu mempunyai perancangan yang kukuh dalam menawarkan perkhidmatan video mereka kepada semua pengguna, apatah lagi dengan persaingan sengit dalam arena ini – termasuk daripada YouTube dan Facebook. Selain itu, dalam arena langganan video pula, perkhidmatan seperti Netflix dan Hulu agak popular di negara-negara barat.

Selain Spotify, buat masa ini, salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang menawarkan sokongan pernstriman video adalah Tidal – tetapi ia hanya terhad kepada video muzik lagu sahaja.


TIPS & ULASAN