Angry Birds Fight Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android Dan iOS

Angry Birds Fight Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

Rovio agak aktif dalam hadir dengan permainan dibawah jenama Angry Birds, dan terkini mereka turut menerbitkan permainan mereka lebih awal kepada pengguna di Asia Pasifik, iaitu permainan Angry Birds Fight!.

Angry Birds Fight!

Angry Birds Fight! telah pun ditawarkan sejak beberapa bulan sebelum ini, dan pengumuman rasmi untuk Asia Pasifik hanya hadir hari ini. Melalui permainan ini, ia memerlukan pengguna menghubungkan tiga watak dalam puzzle – seperti beberapa permainan lain, dan mengumpulkan tenaga untuk bersaing dengan pihak lawan.

Permainan ini juga turut sama menawarkan sokongan untuk anda bersaing dengan rakan-rakan lain dalam bentuk masa-nyata.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma, dan memainkannya pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Angry Birds Fight! untuk Android

Muat-Turun Angry Birds Fight! untuk iOS


TIPS & ULASAN