Syarikat MSC Kini Boleh Membuka Pejabat Dimana-Mana – Tidak Lagi Terhad Kepada Sesetengah Lokasi

Syarikat MSC Kini Boleh Membuka Pejabat Dimana-Mana – Tidak Lagi Terhad Kepada Sesetengah Lokasi

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

MSC MalaysiaSebelum ini, untuk mendapatkan status MSC untuk sesebuah syarikat perlu berpindah ke Cybercity atau Cybercentre untuk menikmati faedah yang ditawarkan oleh MSC Malaysia. Kini, tetapan tersebut berubah, dan syarikat MSC kini boleh membuka pejabat dimana-mana sahaja dan tidak tertakluk kepada beberapa lokasi yang terhad.

Seperti biasa, syarikat yang berstatus MSC akan menerima pelbagai faedah menarik yang ditawarkan kerajaan. Dengan pengenalan perubahan baru ini, beberapa perubahan dilakukan pada penawaran tersebut. Salah satunya adalah pelepasan cukai, dimana bagi syarikat yang diluar lokasi Cybercentre atau Cybercity yang diiktiraf, mereka hanya akan menerima pelepasan cukai sebanyak 70% sahaja berbanding 100% jika dilokasikan di tempat-tempat yang telah diikitiraf.

Pihak MDeC masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini, dan dijangka melakukannya pada minggu hadapan.

Perubahan inisiatif ini juga mungkin selari dengan pengenalan program baru oleh pihak MSC Malaysia, iaitu MSC4Startups.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai perubahan ini daripada pihak berkenaan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN