Permainan Siri Assassin’s Creed Terbaru Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Permainan Siri Assassin’s Creed Terbaru Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

Bagi mereka yang meminati permainan siri Assassin’s Creed, kini Ubisoft telah hadir dengan teaser baru, memperlihatkan permainan terbaru dibawah siri berkenaan bakal diperkenalkan secara rasminya pada minggu hadapan.

Assassin's Creed

Selepas pengumuman, ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia dilancarkan untuk para pemain memainkannya. Beberapa desas-desus turut mengatakan permainan baru ini akan menggunakan nama “Syndicate” dan bukannya “Victory” seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Pada tahun lepas, Ubisoft telah memperkenalkan dua siri permainan Assassin’s Creed, iaitu Rogue dan juga Unity.

Bagi anda yang meminati permainan siri Assassin’s Creed, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk 12 Mei ini bagi melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh Ubisoft.


TIPS & ULASAN