Uber Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang Dan Menambah Lokasi Baru Sekitar Johor Bahru

Uber Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang Dan Menambah Lokasi Baru Sekitar Johor Bahru

Diterbitkan pada Mei 8, 2015 oleh .

Uber telah memulakan operasi di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan di Kuala Lumpur, sebelum memperluaskannya ke Johor Bahru. Hari ini, mereka terus memperluaskan penawaran mereka dan telah mula menawarkannya di Pulau Pinang.

Uber Pulau Pinang

Uber di Pulau Pinang hanya menawarkan perkhidmatan “Uber” sahaja, dan bukannya UberX. Ini mungkin mengurangkan pelbagai maklumbalas negatif pada perkhidmatan mereka. Di Pulau Pinang, antara kenderaan yang digunakan adalah termasuk Proton Saga, Perodua MyVi dan juga Toyota Vios. Untuk tambang pula, ia bermula dengan RM2 dan pengguna akan dikenakan caj setiap minit sebanyak RM0.35 serta RM0.70 satu kilometer. Bersempena pengenalan, Uber menawarkan dua pemanduan percuma di Pulau Pinang bernilai RM30 apabila pengguna menggunakan kod UBERINPENANG.

Layari : Uber Pulau Pinang

Uber Johor Bahru

Disamping Pulau Pinang, pihak Uber juga turut memperkukuhkan kedudukan mereka di Johor dengan memperluaskan penawaran ke Senai, Johor Premium Outlet, Skudai dan juga Nusajaya.

Untuk pengguna di Johor pula, anda boleh gunakan kod “UBEREXPANSIONJB” untuk menikmati potongan 50% untuk 5 pemanduan seterusnya sekitar Johor. Berbanding harga di Pulau Pinang, di Johor, Uber mengenakan caj yang lebih rendah, iaitu RM1.50 untuk tambang asas dan penambahan RM0.20 setiap minit serta RM0.60 untuk setiap kilometer. Di Johor Bahru, antara kenderaan yang ditawarkan adalah Toyota Vios, Proton Saga dan juga Perodua Alza.

Layari : Uber Johor Bahru


TIPS & ULASAN