Cari @ Amanz

Alibaba merupakan salah satu syarikat gergasi teknologi daripada China, dimana mereka terkenal dengan pelbagai penawaran mereka bukan hanya di China, tetapi juga diluar negara berkenaan. Terkini, Alibaba dikatakan berminat untuk membuat pelaburan pada syarikat pengeluar peranti pintar dari India, iaitu Micromax.

Alibaba

Alibaba dikatakan kini dalam perbincangan awal dengan pihak Micromax, dimana jika perbincangan ini berhasil, ia akan memperlihatkan Alibaba membuat pelaburan sekitar $1.2 bilion pada Micromax untuk pegangan sekitar 20%.

Jika ia berhasil, maka kita akan melihat Alibaba mempunyai pegangan pasaran yang menarik di India – negara kedua terbesar di dunia selepas China.

Dengan pelaburan pada syarikat pengeluar peranti terbesar di India juga, Alibaba boleh menawarkan kemudahan perkhidmatan mereka kepada pengguna India dengan lebih mudah lagi – memandangkan ia boleh ditawarkan secara terbina pada peranti yang dijual.

Di India, Samsung dan Micromax mempunyai pegangan pasaran terbesar. Pelbagai syarikat pengeluar peranti lain dari China turut melihat ke negara berkenaan, termasuk Xiaomi yang baru-baru ini telah menerima pelaburan daripada salah satu usahawan terkemuka dari India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd