Cari @ Amanz

FoodographyAdakah kegilaan mengambil gambar makanan dan memuatnya naik ke laman sosial petanda sakit mental? Ada profesional perubatan yang mengatakan ya kepada persoalan kontroversi ini. Kami secara peribadi merasakan ianya bukan masalah mental. Kami akan menulis mengenai perkara ini minggu hadapan. Tetapi sekiranya anda gemar mengambil gambar makanan ataupun “Foodography” ada sebuah restoran yang dicipta khas untuk anda.

Catit ialah sebuah restoran yang terletak di Tel Aviv Israel. Ia menawarkan kelas mengambil gambar makanan kepada pelanggan mereka. Anda alu-alukan untuk mengambil sebanyak mungkin gambar makanan yang mereka hidangkan sebelum ianya dijamah. Mereka turut mencipta pinggan khas untuk seni fotografi makanan mereka. Pinggan mereka mempunyai pemegang khas untuk meletakkan peranti pintar. Ia menjadi platform stabil bagi mengambil gambar makanan pada sudut yang terbaik. Yuran yang dikenakan untuk mengambil kelas fotografi di Catit ialah $155.

Secara ikhlas idea Catit ini sangat menarik bagi kami. Jika anda mempunyai restoran tersendiri, kami yakin idea ini boleh dimulakan di Malaysia dan anda akan dapat menarik ramai pelanggan. Mungkin boleh mendapatkan khidmat dari Red Hongyi, penggiat seni fotografi makanan tempatan yang menggunakan pinggan sebagai kanvas hasil seni beliau.

Foodography-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd