Kedai Microsoft Dibuka Secara Rasmi Di KLCC – Penjualan Surface 3 Bermula Di Malaysia

Kedai Microsoft Dibuka Secara Rasmi Di KLCC – Penjualan Surface 3 Bermula Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 9, 2015 oleh .

Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah membuka kedai rasmi mereka di KLCC, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk menikmati dan melihat sendiri pelbagai penawaran pihak Microsoft pada kedai yang diiktiraf mereka.

Untuk makluman, kedai yang dilancarkan ini adalah penjenamaan semula dan pengubahsuaian untuk kedai Nokia yang terletak dilokasi sama sebelum ini. Pengguna juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat produk dan sebagainya pada kedai berkenaan, selain mencuba Surface dan pelbagai peranti Lumia.

Microsoft Store KLCC

Bersama-sama dengan pelancaran kedai Microsoft ini, pihak Microsoft turut menyediakan beberapa penawaran khusus untuk pengunjung terawal ke sana.

Disamping itu, pada hari ini juga, pihak Microsoft secara rasminya telah memulakan penjualan Surface 3 di Malaysia. Surface 3 merupakan peranti berbentuk tablet yang menawarkan keupayaan pemprosesan Windows penuh untuk memudahkan pengguna membuat pelbagai tugasan harian dengan mudah menggunakannya. Ia dijana menggunakan cip Intel Atom x7 dan hadir dalam variasi 64GB dan 128GB – serta dijual pada harga bermula RM1989.

Surface 3

Baca : Pandang Pertama Surface 3


TIPS & ULASAN