Kawal Gambar Beranimasi Yang Dipaparkan Pada Web Melalui Pemalam Khusus Daripada Google Untuk Chrome

Kawal Gambar Beranimasi Yang Dipaparkan Pada Web Melalui Pemalam Khusus Daripada Google Untuk Chrome

Diterbitkan pada Mei 10, 2015 oleh .

Ketika melayari web, mungkin sesetengah pengguna tidak mengemari akan gambar berbentuk GIF atau yang beranimasi – dimana ia akan memaparkan animasi sama berulang kali. Untuk mengawalnya, kini Google menyediakan sebuah pemalam khusus untuk mengawalnya, dinamakan sebagai “Animasi Policy”.

Animation PolicyMelaluinya, pengguna boleh mengawal sama ada ingin membenarkan imej berbentuk animasi pada pelayar web mereka ataupun, sebaliknya hanya membenarkan ia dimainkan sekali sahaja, ataupun tidak membenarkan langsung.

Walaubagaimanapun, sokongan untuk mengehadkan ia kepada hanya sesuatu web sahaja tidak terdapat, dan segala tetapan diimplementasikan untuk keseluruhan web yang dilayari menggunakan Chrome.

Bagi anda yang sering terganggu dengan imej beranimasi, mungkin anda boleh memasang pemalam untuk Chrome ini, dan mengelakkan anda dari terganggu dengan imej seumpamanya selepas ini.

Muat-Turun Animation Policy untuk Chrome


TIPS & ULASAN