Google Play Store Menambah Fungsi Untuk Pra-Daftar Aplikasi Dan Ketahuinya Bila Ia Dillancarkan

Google Play Store Menambah Fungsi Untuk Pra-Daftar Aplikasi Dan Ketahuinya Bila Ia Dillancarkan

Diterbitkan pada Mei 10, 2015 oleh .

Google Play Store merupakan kedai aplikasi utama untuk peranti Android, dimana digunakan ramai untuk memuat-turun kandungan berbentuk aplikasi, buku digital dan sebagainya. Terkini, Google dilihat telah menambah sebuah fungsi baru, membolehkan para pengguna untuk mendaftarkan minat bagi sesuatu permainan atau aplikasi yang bakal dilancarkan.

Google Play Store Pra-Daftar

Sokongan ini membolehkan para pembangun untuk memulakan promosi lebih awal sebelum pelancaran rasminya – dan ia dilihat lebih efektif berbanding pendaftaran minat menggunakan emel seperti sebelum-sebelum ini. Sebaik sahaja mendaftarkan minat untuk sesuatu aplikasi melalui Google Play Store ini, pengguna seterusnya akan menerima notifikasi apabila ia diterbitkan untuk anda memuat-turunnya.

Buat masa ini, salah satu aplikasi yang telah mencubanya adalah permainan Terminator Genisys : Revolution, dimana pengguna boleh mendaftarkan minat melalui Play Store, dan menerima notifikasi memuat-turunnya apabila ia diterbitkan sekitar awal Jun kelak.

Pra-Daftar : Terminator Genisys : Revolution pada Play Store


TIPS & ULASAN