Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan MediaPad M1, dan kini nampaknya secara diam-diam mereka telah memperkenalkan Huawei MediaPad M2 di Eropah. Ia mengekalkan saiz 8-inci seperti versi sebelumnya, tetapi Huawei mengemaskini dari segi spesifikasi yang lain termasuk sedikit perubahan pada rekabentuk.

Huawei MediaPad M2 menggunakan cip pemprosesan Kirin 930 64-bit dengan memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera 2-megapixel. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 4800mAh, serta dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop.

Huawei MediaPad M2

Huawei MediaPad M2

Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekaan unibody berasaskan kepada logam dan sedikit selari dengan rekaan Huawei P8 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Namun, dengan fokus pihak Huawei ke pasaran tempatan, kita mungkin akan dapat melihatnya memasuki pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd