Cari @ Amanz

PlayStation-NetworkKepada pemilik PlayStation ini ada sedikit berita kurang enak. Perkhidmatan PlayStation Network akan mengalami gangguan selama dua jam bermula dari 12 tengahari esok. Gangguan berlaku kerana proses penyelenggaraan yang perlu dilakukan secara berperingkat.

Sepanjang tempoh gangguan PlayStation Store, PlayStation Video dan pengurusan akaun tidak akan dapat diakses oleh pengguna. Sungguhpun begitu pihak PlayStation mengatakan kebanyakan aplikasi masih boleh anda gunakan kerana anda masih boleh melog masuk ke dalam akaun anda sepanjang tempoh penyelenggaraan. Pengguna Malaysia bernasib baik kerana penyelenggaraan ini dilakukan ketika waktu pejabat pada hari bekerja. Jadi kebarangkalian sesi permainan atas talian anda terganggu adalah minimum.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd