Cari @ Amanz

Galaxy Tab S merupakan siri tablet premium daripada Samsung, dimana generasi pertama telah diperkenalkan pada tahun lepas dengan rekaan premium, serta ciri-ciri khusus untuk pembacaan dan menikmati media. Terkini, Samsung dilihat dalam persiapan untuk mengemaskini penawarannya, dan mungkin memperkenalkan Galaxy Tab S2 tidak lama lagi.

Galaxy Tab S2

Seperti pengenalan Galaxy Tab A tempoh hari, Samsung diperkatakan akan hadir dengan dua saiz skrin berbeza, iaitu pada saiz 8-inci dan juga 9.7-inci. Dan untuk skrin, dengan fokus premium, pihak Samsung dijangka menyertakan panel Super AMOLED pada resolusi 2048×1536 serta paparan dengan nisbah 4:3. Spesifikasi lain yang diperkatakan termasuk penggunaan cip Exynos terkini, memori 3GB RAM, serta kamera belakang 8-megapixel.

Dari segi rekaan, secara kasar ia dilihat mengambil inspirasi daripada rekaan Galaxy S6 sebelum ini, serta dilengkapi dengan sokongan butang Home pada bahagian hadapan.

Samsung dikatakan mungkin memperkenalkannya sekitar bulan Jun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd