(Ura Ura) Qualcomm Sedang Menghasilkan Pemproses 10 Teras Snapdragon 818

(Ura Ura) Qualcomm Sedang Menghasilkan Pemproses 10 Teras Snapdragon 818

Diterbitkan pada Mei 12, 2015 oleh .

Kita sudah memasuki bulan Mei 2015 dan kini peranti dengan lapan teras tidak semestinya menjadikan ia sebuah peranti kelas tinggi. Pasaran kini mula dipenuhi peranti kelas pertengahan yang diperkasakan pemproses Snapdragon 616 lapan teras. Langkah seterusnya dari pengeluar cip pemproses ialah menghasilkan pemproses dengan lebih banyak teras. Mediatek dilaporkan akan mengeluarkan Helio X20 yang mempunyai 10 teras. Hari ini muncul pula ura-ura pihak Qualcomm tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menghasilkan peranti decacore.

Sd818pdfcrp

Seperti Helio X20, cip yang diberi nama Snapdragon 818 ini berfungsi pada tiga kelajuan berbeza. Empat teras Cortex A53 pada kelajuan 1.2 GHz, empat lagi teras Cortex A53 pada kelajuan1.6 GHz dan dua teras terakhir Cortex A72 pada kelajuan 2.0 GHz. Adakah dunia memerlukan peranti mudah alih dengan 10 teras? Ini persoalan untuk masa hadapan. Tetapi secara peribadi kami merasakan untuk kegunaan biasa pemproses empat teras sedia ada sudah lebih dari memadai. Selagi teknologi bateri yang lebih kompak dengan kapasiti lebih besar tidak dihasilkan pemproses lebih berkuasa seperti Helio X20 dan Snapdragon 818 hanya akan membuatkan peranti kehabisan bateri dengan lebih pantas.


TIPS & ULASAN