iFlix Mengumumkan Kerjasama Kandungan Dengan Warner Bros, BBC Dan Fox

iFlix Mengumumkan Kerjasama Kandungan Dengan Warner Bros, BBC Dan Fox

Diterbitkan pada Mei 12, 2015 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video baru tempatan yang bakal memulakan operasi secara rasminya tidak lama lagi. Sebagai persediaan untuknya, mereka telah mula menambah beberapa rakan kerjasama mereka, dan terkini telah pun mengumumkan kerjasama dengan beberapa penyedia kandungan terkemuka.

Melalui kerjasama ini, iFlix menerima kebenaran untuk tayangkan atau tawarkan pelbagai drama popular melalui perkhidmatan mereka, termasuk American Horror Story, Homeland, Doctor Whi, Big Bang Theory, Sleepy Hollow, Friends, Arrow dan beberapa yang lain.

iFlix

Disamping itu, pelanggan iFlix juga kelak akan mempunyai akses kepada filem seperti Superman Returns, Batman Begins, Green Lantern dan sebagainya melalui perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, iFlix masih tidak berkongsi mengenai harga tawarannya, tetapi mengatakan setiap langganan akan membolehkan mereka menggunakannya pada lima peranti berbeza yang meliputi tablet, telefon pintar mahupun komputer.


TIPS & ULASAN