PSA : Pengguna Komputer Riba Lenovo ThinkPad Keluaran Antara Februari 2010 Ke Jun 2012? Semak Bateri Anda

PSA : Pengguna Komputer Riba Lenovo ThinkPad Keluaran Antara Februari 2010 Ke Jun 2012? Semak Bateri Anda

Diterbitkan pada Mei 12, 2015 oleh .

Lenovo ThinkPad Edge 11Program gantian komponen atau bateri bukan sesuatu yang asing dalam arena gajet mahupun automotif. Sering kali program seumpamanya diadakan untuk menggantikan sebarang kesilapan yang telah berlaku ketika pengeluaran. Paling terkini, salah satu program gantian semula yang sedang dilakukan adalah oleh Lenovo untuk program gantian dan panggilan balik bateri mereka.

Melalui notis yang dikeluarkan Lenovo, produk yang dipanggil balik adalah komputer riba ThinkPad yang menggunakan bateri yang dikeluarkan antara Februari 2010 ke Jun 2012 yang lepas.

Sejumlah komputer riba terlibat dalam program gantian kembali bateri secara percuma ini, model yang terlibat adalah Edge 11, Edge 13, Edge 14, Edge 15, Edge 120, Edge 125, Edge 320, Edge 325, Edge 420, Edge 425, Edge 430, Edge 520, Edge 525, Edge 530, X200, X201, X200S, X201S, X220, X220T, X100E, X120E, X121E, X130E, X131E, T410, T420, T510, T520, W510, W520, L412, L420/421, L512, dan L520.

Lenovo turut telah menyediakan sebuah perisian khusus untuk menyemak bagi mengetahui sama ada komputer riba anda terlibat atau sebaliknya dalam program ini.

Jika komputer riba anda tersenarai, Lenovo menasihatkan anda agar menanggalkan bateri berkenaan, dan menggunakan komputer riba tersebut menggunakan kuasa AC sementara menantikan bateri baru anda digantikan.

Semak : Program Gantian Semula Bateri Lenovo Thinkpad


TIPS & ULASAN