Sony Mengintegrasikan Sokongan Speaker Ke Dalam Lampu Mentol – Memperkenalkan Sony LED Light Bulb Speaker

Sony Mengintegrasikan Sokongan Speaker Ke Dalam Lampu Mentol – Memperkenalkan Sony LED Light Bulb Speaker

Diterbitkan pada Mei 12, 2015 oleh .

Terdapat beberapa penawaran lampu mentol pintar sebelum ini yang membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan telefon pintar, dan kini Sony nampaknya membawa ia setapak kehadapan lagi dengan mengintegrasikan sokongan speaker ke dalam lampu mentol.

Produk baru mereka ini yang dinamakan sebagai LED Light Bulb Speaker dilancarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

Sony LED Light Bulb Speaker

Seperti pelbagai lampu mentol pintar yang lain, pengguna boleh mengawal pencahayaannya menggunakan sebuah aplikasi khusus melalui telefon pintar. Dengan integrasi speaker, pengguna juga turut boleh memainkan lagu melalui sokongan Bluetooth, serta mengawalnya menggunakan telefon pintar. Sony turut menyertakan sebuah alat kawalan khusus untuk pengguna mengawal lagu yang dimainkan melaluinya.

Sony LED Light Bulb Speaker

Secara kasar, ia mungkin tidak ditujukan kepada mereka yang memfokuskan kepada kualiti audio, tetapi berkemungkinan lebih kepada melengkapkan sokongan speaker di beberapa lokasi yang sukar dilengkapkan. Mungkin juga restoran boleh mengambil peluang ini untuk membuatkan pengalaman lebih peribadi bagi mereka yang hadir untuk menikmati makanan di restoran mereka.

Sony akan menjualnya di Jepun pada harga ¥23,880 (~sekitar RM720).


TIPS & ULASAN