Carian
Pemalam TunnelBear Kini Ditawarkan Untuk Chrome – Memudahkan Anda Menggunakan VPN
May 12, 2015 Aman

TunnelBear merupakan salah satu perkhidmatan VPN yang popular dan digunakan ramai. Jika sebelum ini, ia mungkin sedikit sukar bagi para pengguna menggunakannya, kini ia berubah dengan pengenalan sebuah pemalam khusus untuk para pengguna Chrome.

Melalui penggunaan TunnelBear ini, pengguna boleh menjadikan pelayaran web mereka lebih peribadi, dan pada masa yang sama turut menyembunyikan lokasi pelayaran mereka. Ini menjadikan ramai menggunakan perkhidmatan seperti TunnelBear untuk menikmati beberapa perkhidmatan lain – terutamanya seperti Netflix dan lain-lain.

TunnelBear Chrome

Dengan memasang pemalam TunnelBear untuk Chrome ini, pengguna akan diminta mendaftar akan TunnelBear, dan diberikan had data pelayaran web melalui TunnelBear sebanyak 250MB yang boleh dinaik-taraf kepada 750MB dengan menyemak emel pendaftaran. Seperti biasa, pengguna masih boleh menaik-taraf akaun dengan membuat pembayaran dan terus menggunakan perkhidmatan TunnelBear pada pelayar web mereka.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, dan sedang melihat kepada beberapa perkhidmatan VPN, mungkin anda boleh menyemak pemalam khusus TunnelBear ini hari ini.

Komen