Cari @ Amanz

Microsoft telah memperkenalkan sokongan Skype Translator pada tahun lepas dalam bentuk beta terhad, membolehkan para pengguna Skype untuk menikmati terjemahan masa-nyata ketika membuat panggilan video – sekaligus mengurangkan lagi jurang bahasa antara anda dan penerima panggilan.

Kini, sokongan tersebut yang ditawarkan dalam bentuk beta tersebut telah pun dibuka kepada umum, membolehkan anda memuat-turun perisian tambahan untuk Skype Translator tanpa memerlukan sebarang jemputan dan sebagainya.

Skype Translator Mandarin

Buat masa ini, Skype Translator menyokong hanya empat bahasa sahaja, iaitu Inggeris, Sepanyol, Itali, dan juga Mandarin. Bagi pengguna tempatan, mungkin Inggeris dan Mandarin akan menjadi sangat berguna – terutamanya yang menggunakan Skype bagi tujuan perniagaan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Skype Translator yang masih dikategorikan sebagai preview ini, dan mencuba sendiri fungsi terjemahan masa-nyata yang ditawarkan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd