Assassin’s Creed Syndicate Diumumkan – Akan Hadir Ke PS4 Dan Xbox One Pada Oktober 23

Assassin’s Creed Syndicate Diumumkan – Akan Hadir Ke PS4 Dan Xbox One Pada Oktober 23

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

Ubisoft hari ini secara rasminya telah berkongsi lanjut mengenai permainan Assassin’s Creed mereka terbaru yang bakal hadir tidak lama lagi, dinamakan sebagai Assassin’s Creed Syndicate. Permainan ini bakal ditawarkan untuk konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One pada tahun ini.

Assassin's Creed: Syndicate

Pada Assassin’s Creed Sydicate ini, pemain akan memainkan watak Jacob Frye, dan mengambil watak sekitar London ketika era revolusi industri. Seperti biasa, pemain akan perlu melalui pelbagai misi dalam melawan dan membunuh pihak musuh.

Assassin’s Creed Syndicate ini akan dilancarkan secara rasminya pada PlayStation 4, dan Xbox One pada 23 Oktober kelak, serta akan menyusul ke PC.


TIPS & ULASAN