MediaTek Memperkenalkan Helio x20 – Cip Pemprosesan 10 Teras Tri-Cluster

MediaTek Memperkenalkan Helio x20 – Cip Pemprosesan 10 Teras Tri-Cluster

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

MediaTek terkenal dalam arena peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi melalui keluarga Helio, MediaTek telah mula mengubahnya, dan ia telah mula digunakan pada peranti berspesifikasi tinggi – pada HTC One M9+ sebagai contohnya. Terkini, MediaTek turut menambah satu lagi cip pemprosesan baru dibawah keluarga Helio, iaitu Helio X20.

MediaTek Helio x20

MediaTek Helio x20 hadir dengan rekaan cip 10 teras, tetapi dibahagikan kepada tiga bahagian yang dipanggil sebagai Tri-Cluster oleh MediaTek. Melalui rekaan ini, dua teras utama berasaskan ARM Cortex-A72 pada kepantasan 2.5Ghz akan digunakan bagi tujuan pemprosesan tinggi, sebaliknya dua bahagian dengan empat-teras Cortex-A53 pada kepantasan 2.0Ghz serta 1.4Ghz akan digunakan untuk kegunaan ringan. Pembahagian ini dikatakan akan menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi, serta penggunaan bateri yang lebih baik.

Disamping itu, cip pemprosesan ini turut menawarkan sokongan untuk paparan 2K, sokongan dwi-kamera utama, dan cip khusus bagi input dan output audio.

MediaTek mengatakan cip ini akan tersedia kepada para pengeluar peranti menjelang suku ketiga 2015 ini, dan peranti yang menggunakannya dijangka hadir pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN