Pengguna Samsung Galaxy S4? Kemaskini Android 5.0 Lollipop Kini Sedia Dimuat-Turun

Pengguna Samsung Galaxy S4? Kemaskini Android 5.0 Lollipop Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

Berita gembira untuk para pengguna Samsung Galaxy S4 yang telah dilancarkan pada tahun 2013 yang lepas. Minggu ini nampaknya Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk para pengguna tempatan, dimana bersama-sama dengannya, pelbagai perkara baru disertakan.

Salah satu perubahan drastik baru yang hadir adalah sokongan antaramuka baru melalui sistem operasi Android 5.0 Lollipop. Google menamakan ia sebagai Material Design, dan kesan perubahan daripadanya turut tampak melalui penggunaan TouchWiz.

Galaxy S4 Lollipop

Disamping itu, Samsung Galaxy S4 kini turut menjalankan ART untuk prestasi yang lebih baik, disamping menawarkan penggunaan bateri yang dioptimasikan.

Saiz muat-turun adalah sekitar 1.1GB, dan pengguna akan memerlukan lebih kurang 3GB ruangan kosong dalam peranti sebelum dapat memuat-turun dan memasangnya.

Jika anda menggunakan Samsung Galaxy S4, anda boleh ke halaman Settings > About Device > Software Update untuk memulakan proses kemaskini anda hari ini.


TIPS & ULASAN