Jam Tangan Bulat Daripada Samsung Akan Hadir Dengan Bahagian Tepi Yang Boleh Diputarkan Untuk Navigasi

Jam Tangan Bulat Daripada Samsung Akan Hadir Dengan Bahagian Tepi Yang Boleh Diputarkan Untuk Navigasi

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini secara terbuka telah mula mencari para pembangun aplikasi bagi membangunkan aplikasi khusus yang dioptimasikan untuk jam tangan pintar berbentuk bulat daripada mereka. Kini, beberapa malumat lanjut mula kedengaran untuk peranti yang dikenali dengan nama kod “Gear A” tersebut.

Info lanjut ini hadir daripada penawaran SDK yang khusus untuknya, sekaligus memperlihatkan beberapa maklumat lanjut mengenai peranti yang bakal diperkenalkan itu.

Samsung Orbis

Samsung Orbis

Jam tangan pintar berbentuk bulat daripada Samsung ini akan menawarkan resolusi 360×360 pixel, serta menawarkan kepadatan piksel pada kadar 305PPI. Samsung dilihat akan mengintegrasikan sokongan 2G pada jam tangan pintar ini, selain turut menawarkan sejumlah sensor terbina, termasuk Bluetooth dan juga WiFi.

Menjadi perhatian ramai adalah bagaimana pengguna boleh mengawal dan menavigasi menggunakan jam tangan pintar berbentuk bulat ini. Selain skrin sentuh, Samsung kini menyertakan bezel tepi pada jam tangan bulat ini yang boleh diputarkan untuk menavigasi antara menu, skrin atau turut digunakan untuk zoom gambar.

Samsung Orbis

Samsung Orbis

Samsung dijangka akan mengumumkan jam tangan pintar terbaru ini bersama-sama pengenalan Galaxy Note 5 kelak sekitar bulan September 2015.


TIPS & ULASAN