Perisian Membuang Pantulan Cermin Dari Gambar Dihasilkan Di MIT

Perisian Membuang Pantulan Cermin Dari Gambar Dihasilkan Di MIT

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

Bayangkan situasi ini. Anda di dalam kereta dan tiba-tiba terlihat Zizan Razak memandu Ferrari beliau dengan Taylor Swift di tempat duduk penumpang. Gambar diambil secara tergesa-gesa. Selepas gambar diambil wajah Zizan dan Taylor tidak jelas sebaliknya pantulan kelibat anda di permukaan cermin lebih jelas kelihatan. Kini anda tiada bukti bahawa insiden ini benar-benar berlaku. Masalah ini semestinya dapat diselesaikan dengan menurunkan cermin dahulu sebelum kamera dipetik. Tetapi anda ingin mengambil imej secara spontan dan tidak mempunyai masa untuk menurunkan cermin. Masalah pantulan imej pada permukaan cermin ini sudah wujud sejak kali pertama kamera dicipta. Tidak banyak dapat anda lakukan selain redha dengan gambar yang dirosakkan oleh imej diri anda sendiri.

Tetapi penyelesaian kepada masalah ini kini sudah berjaya diusahakan oleh YiChang Shih, seorang pelajar di Massachusetts Institute of Technology. Beliau menghasilkan algoritma yang dapat menghilangkan pantulan imej anda dari permukaan cermin di dalam gambar. Algoritma ini dihasilkan sebagai kajian PhD beliau di bidang sains komputer. Buat masa ini proses pembuangan pantulan imej masih lagi belum sempurna 100%. Pada masa yang sama hanya gambar pantulan dari cermin yang tebal ataupun berlapis (double glazing) sahaja boleh dihilangkan menggunakan algoritma ini.

Apakah penggunaannya selain di dalam bidang fotografi? Menurut YiChang Shih ianya turut boleh digunakan oleh robot dengan kepintaran buatan. Robot di masa hadapan dapat melihat menembusi tingkap tanpa keliru dengan bayangan diri sendiri yang dilihat mereka.

Algoritma-pantilan


TIPS & ULASAN