Facebook Melancarkan Instant Articles – Berita Dan Artikel Diterbitkan Terus Pada Platform Facebook

Facebook Melancarkan Instant Articles – Berita Dan Artikel Diterbitkan Terus Pada Platform Facebook

Diterbitkan pada Mei 13, 2015 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, beberapa desas-desus telah timbul mengatakan Facebook akan melancarkan platform penerbitan, membolehkan para penerbit kandungan untuk menggunakan platform Facebook bagi menerbitkan kandungan. Hari ini, ia dilancarkan secara rasminya dibawah nama Instant Articles.

Untuk fasa pengenalan ini, Facebook mengumumkan kerjasama dengan beberapa penerbit kandungan terkemuka, termasuk National Geographic, BuzzFeed, NBC, The Atlantic, BBC News, The Guardian, New York Times, Spigel dan juga Bild.

Facebook Instant Articles

Facebook Instant Articles

Instant Articles berfungsi terus pada aplikasi Facebook, membolehkan para pengguna menikmati kandungan terus pada aplikasi mereka tanpa perlu meninggalkannya untuk ke laman penerbit. Facebook mengatakan melalui perkara ini, ia membolehkan pengguna mengakses kandungan lebih 10 kali ganda pantas berbanding kebiasaan.

Menariknya adalah, penerbit kandungan turut boleh menjual iklan pada artikel mereka dan menyimpannya, ataupun memilih untuk menggunakan platform pengiklanan Facebook dan meminta pihak Facebook menjual iklan bagi pihak mereka.

Memandangkan platform Facebook kini digunakan lebih kepada mengetahui pelbagai perkembangan semasa yang berlaku sekitar kita, pengenalan Instant Articles ini dijangka akan memberikan impak yang besar.

Facebook mengatakan mereka akan terus menambah pelbagai rakan kerjasama baru dalam bulan-bulan akan datang ke platform Instant Articles ini.


TIPS & ULASAN