Carian
Isu Prabayar : Beli RM10 Dapat RM10 Akan Dilaksanakan Dalam Tempoh Masa 6 Bulan Lagi, GST Ketika Menggunakan Perkhidmatan
May 13, 2015 Aman

Shabery CheekHari ini, Ahmad Shabery, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara rasminya telah mengumumkan yang mana pihak kabinet telah bersetuju dengan cadangan mereka untuk mengekalkan harga nilai-prabayar dimana akan dijual pada harga seperti sebelum GST – sebagai contoh tambah-nilai RM10 akan kekal dijual pada harga RM10.

Tiada sebarang cukai GST akan dikenakan ketika pembelian tambah-nilai prabayar, sebaliknya ia akan dikenakan di atas penggunaan ataupun usage-based. Ahmad Shabery mengatakan langkah ini adalah lebih wajar memandangkan caj cukai dikenakan ke atas penggunaan dan bukannya sebelum ia digunakan. Jika berdasasrkan ini, kita akan melihat caj dikenakan atas langganan dan penggunaan. Sebagai contoh, untuk langganan data bernilai RM10, pengguna akan dikenakan caj RM10.60 – dan caj tersebut akan dikenakan ketika langganan, bukannya ketika pembelian tambah-nilai seperti pada hari ini.

Kerajaan mengatakan ia akan mengambil masa sekitar tempoh 6 bulan untuk kaedah baru ini dilaksanakan sepenuhnya. Sementara itu, kaedah sedia ada, dimana GST atas pembelian prabayar akan dikekalkan. Jadi, secara kasar kita akan dapat melihat penjualan tambah-nilai prabayar seperti sebelum GST dilakukan mungkin sebelum bulan November 2015 ini.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menggesa agar penyedia perkhidmatan telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan mereka, selain turut hadir dengan pakej-pakej mesra golongan sasar seperti pelajar.

Komen