Carian
Vivo X5 Pro Diperkenalkan – Menyertakan Kamera 8-Megapixel Dihadapan Dengan Keupayaan Rakaman Gambar 32-Megapixel
May 14, 2015 Aman

Vivo X5 ProVivo merupakan salah satu jenama telefon pintar dari China yang telah beroperasi di Malaysia sejak daripada tahun lepas. Beberapa peranti telah ditawarkan mereka, dan hari ini, Vivo secara rasminya memperkenalkan peranti terbaru mereka pada peringkat global, iaitu Vivo X5 Pro.

Vivo X5 Pro membawakan skrin bersaiz 5.2-inci Super AMOLED dengan kaca 2.5D, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615 64-bit.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah keupayaan rakaman gambar hadapan menggunakan kamera selfie 8-megapixel. Vivo mengatakan ia berupaya merakamkan gambar pada resolusi 32-megapixel yang mana dijayakan dengan gabungan rakaman gambar. Teknologi seumpamanya pernah dilaksanakan pada peranti Oppo sebelum ini.

Untuk kamera rakaman belakang, Vivo menyertakan sensor 13-megapixel dan mengatakan ia dilindungi dengan kaca sapphire.

Vivo X5 Pro disenaraikan pada harga sekitar ~RM1590, dan mungkin akan dijual bermula di China. Dengan penawaran peranti Vivo di Malaysia, tidak mustahil untuk kita melihat ia hadir ke Malaysia tidak lama lagi.

Komen