Microsoft : Cortana Untuk Windows 10 Akan Terhad Ke Beberapa Negara Sahaja Ketika Pengenalan

Microsoft : Cortana Untuk Windows 10 Akan Terhad Ke Beberapa Negara Sahaja Ketika Pengenalan

Diterbitkan pada Mei 14, 2015 oleh .

Menjadi salah satu topik utama pada fungsi baru Windows 10 adalah sokongan Cortana. Kini, Microsoft melalui pengumuman pelbagai edisi Windows 10 turut memberikan petanda untuk sokongannya, mengatakan Cortana pada Windows 10 akan terhad kepada beberapa pasaran sahaja ketika pengenalan.

Cortana Desktop

Perkara ini sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai sokongan Cortana untuk pasaran Malaysia kelak. Sehingga kini, Cortana untuk Windows Phone masih tidak menyokong pasaran Malaysia secara rasminya, dan berkemungkinan perkara sama juga turut berlaku ketika pengenalan Windows 10 kelak.

Namun, seperti biasa, pengguna boleh mengubah lokasi semasa komputer mereka kepada pasaran yang disokong seperti Amerika Syarikat untuk menikmati sokongan Cortana ini.

Sama ada Cortana akan menyokong pengguna Windows 10 di Malaysia secara rasminya atau sebaliknya mungkin hanya akan terjawab ketika pelancaran Windows 10 kelak.


TIPS & ULASAN