Cari @ Amanz

Microsoft pada minggu lepas telah memperkenalkan kedai Microsoft pertama di Malaysia dinamakan sebagai “Microsoft Auhotrized Resellers”, dimana terletak di KLCC, menggantikan kedai Nokia sebelum ini. Hari ini, gergasi dari Amerika Syarikat tersebut turut berkongsi perancangan lanjutan mereka untuk kedai-kedai Nokia yang lain.

Microsoft Store

Menurut Microsoft, mereka akan mengubah majoriti kedai Nokia di seluruh dunia – termasuk Malaysia kepada kedai Microsoft dan dipanggil sebagai “Microsoft Authorized Resellers”. Seperti diperkenalkan di Malaysia, semua kedai berkenaan akan menawarkan pengalaman produk Microsoft – daripada Surface, Lumia sehinggalah kepada perisian mereka seperti Office 365 dan sebagainya.

Penjenamaan semula ini dikatakan akan dilakukan secara berperingkat oleh Microsoft, dan ini merupakan fasa penjenamaan seterusnya daripada Microsoft, selepas mengubah nama Nokia Lumia kepada Microsoft Lumia sebelum ini.

Jadi, dengan pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak kedai Microsoft diperkenalkan di seluruh Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd