Snake Rewind Sedia Dimuat-Turun Pada Android, iPhone Dan Windows Phone

Snake Rewind Sedia Dimuat-Turun Pada Android, iPhone Dan Windows Phone

Diterbitkan pada Mei 14, 2015 oleh .

Bercakap mengenai permainan paling popular pada peranti mudah-alih, semestinya ia adalah Snake pada era kegemilangan Nokia. Kini, perekabentuk asal permainan berkenaan, Taneli Armanto bekerjasama dengan Rumilos Design untuk hadir dengan permainan Snake Rewind untuk telefon pintar.

Snake Rewind

Snake Rewind hadir dengan konsep permainan yang sama, tetapi membawakan lebih cabaran dan beberapa fungsi tambahan – sebagai contoh boleh memainkannya secara terbalik jika ia terlanggar dinding, selain boleh turut bersaing dengan rakan-rakan untuk melihat markah siapakah yang paling tinggi. Kami sendiri telah mencubanya secara ringkas. Ia membawakan bentuk kawalan dengan tap pada skrin, dan kesan animasinya amat baik sekali.

Permainan percuma ini ditawarkan kepada para pengguna telefon Android, iPhone dan juga Windows Phone. Jangan lupa untuk berkongsikan mata tertinggi anda yang berjaya dicapai melalui permainan Snake Rewind ini.

Muat-Turun Snake Rewind untuk Android

Muat-Turun Snake Rewind untuk iPhone

Muat-Turun Snake Rewind untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN