Acer Iconia Talk S Dilancarkan Di Malaysia – Bersaiz 6.9-inci, Berharga RM799

Acer Iconia Talk S Dilancarkan Di Malaysia – Bersaiz 6.9-inci, Berharga RM799

Diterbitkan pada Mei 14, 2015 oleh .

Acer Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka, iaitu Acer Iconia Talk S. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.9-ini, dan dipasarkan sebagai gabungan tablet dan telefon pada satu peranti.

Acer Iconia Talk S

Acer Iconia Talk S hadir dengan resolusi paparan 1280×800 pixel, dilengkapi sokongan dwi-SIM dan juga rangkaian 4G LTE. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan 64bit Snapdragon 1.2Ghz empat-teras, dan menjalankan sistem operasi Android 4.4 KitKat. Ia turut dilengkapi memori 1GB RAM serta ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Acer Iconia Talk S menyertakan bateri berkapasiti 3780 mAh, dan dikatakan menawarkan masa memainkan video sehingga 9 jam lamanya.

Acer Iconia Talk S ini turut dilengkapi dengan sokongan khusus daripada Acer, iaitu Touch WakeApp yang membolehkan anda mengakses aplikasi dengan dwi-tap skrin ketika ia dalam keadaan tertutup, dan pada masa yang sama merakamkan gambar dengan mudah melaluinya.

Di Malaysia, Acer Iconia Talk S ini dijual pada harga RM799.


TIPS & ULASAN