Pemalas? BeMalas.com Sedia Berkhidmat Untuk Anda

Pemalas? BeMalas.com Sedia Berkhidmat Untuk Anda

Diterbitkan pada Mei 14, 2015 oleh .

bemalastrial-finalSejak dari tahun lepas terdapat beberapa startup memfokuskan untuk membantu anda melaksanakan tugasan harian. Tugasan harian termasuklah Supahands yang boleh membantu anda melakukan kajian atau merancang percutian, MaidEasy yang memudahkan anda mencari pembersih rumah. Be Malas merupakan satu lagi projek yang ingin memenuhi keinginan pengguna.

Berbeza dengan Supahands dan MaidEasy, Be Malas seperti namanya tidak mempunyai sebarang aplikasi khusus dan tidak mempunyai sebarang borang di laman web mereka yang perlu diisi bagi pengguna mendapatkan sesuatu. Kesemua permintaan hanya dilayan melalui penghantaran SMS kepada mereka. Be Malas turut menyatakan yang mereka boleh mendapatkan apa sahaja selagi mana ia sah disisi undang-undang.

bemalas-screen

Bagi menggunakannya, pengguna hanya perlu menghantar SMS kepada mereka dan menyatakan apakah kehendak mereka. Be Malas akan meminta spesifikasi (sekiranya gajet) ataupun maklumat berkaitan perkara yang diinginkan. Mereka juga akan menyatakan harga termasuklah upah untuk mereka. Sekiranya pelanggan bersetuju, gajet tersebut akan dihantarkan atau perkara yang dipinta akan dilaksanakan.

Mungkin anda berasa projek sebegini agak lucu namun bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk melakukan sesuatu, alasan anda merupakan keuntungan bagi orang lain. Jika dilihat dari laman Twitter mereka, terdapat pelbagai pertanyaan dan permintaan telah dilakukan kepada mereka. Jika anda berminat untuk menggunakan khidmat ini, anda hanya perlu menghantar SMS ke +6012 643 1303

Hubungi: BeMalas.com

TIPS & ULASAN