Cari @ Amanz

Windows 10 bakal hadir dalam beberapa bulan sahaja lagi, dan hampir setiap hari satu demi satu berita mengenainya dikongsikan Microsoft. Hari ini, berkongsi mengenai permainan, Microsoft turut mengumumkan Candy Crush Saga akan hadir ke Windows 10 – yang mana akan membuatkan ramai peminat permainan berkenaan gembira mengenainya.

Candy Crush

Apa yang kurang gembira adalah kerana permainan tersebut akan dipasang secara automatik ketika pengguna menaik-taraf sistem operasi Windows mereka ke Windows 10. Permainan ini mungkin boleh dibuang, tetapi penyertaan perisian tambahan ketika pemasangan Windows mungkin tidak digemari ramai – apatah lagi permainan daripada pihak ketiga seperti Candy Crush Saga.

Dengan penyertaan permainan Candy Crush Saga secara terbina ketika menaik-taraf Windows ini, ia sekaligus membawa kepada pertanyaan adalah pihak Microsoft akan menyertakan lebih banyak permainan lain atau aplikasi secara terbina pada sistem operasi berkenaan.

Windows 10 bakal ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 8 dan juga Windows 7, serta ia hadir dalam beberapa pilihan variasi berbeza untuk pengguna dan perusahaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd