HTC J Butterfly (HTV31) Diperkenalkan Di Jepun – Kamera Depan 13-MP, 20MP Duo Di Belakang, Kalis Air
HTC

HTC J Butterfly (HTV31) Diperkenalkan Di Jepun – Kamera Depan 13-MP, 20MP Duo Di Belakang, Kalis Air

Diterbitkan pada Mei 15, 2015 oleh .

Pengenalan HTC One M9+ di Malaysia tempoh hari mungkin agak mengecewakan beberapa pengguna, dan mungkin ada diantara anda yang menantikan pengenalan peranti dibawah keluarga Butterfly daripada HTC. Terkini, di Jepun, HTC melalui salah satu syarikat telekomunikasi disana telah pun memperkenalkan produk baru mereka, iaitu HTC J Butterfly (HTV31).

Peranti ini mungkin hadir ke pasaran global dibawah nama HTC Butterfly 3. Sebelum ini sendiri, keluarga Butterfly telah menjadikan Jepun sebagai sasaran pengenalan utama mereka, sebelum ia dilancarkan ke pasaran lain seluruh dunia.

HTC J Butterfly 2015

HTC J Butterfly (HTV31) ini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Quad HD (1440×2560 pixel). Disamping itu, ia turut menyertakan kamera selfie hadapan 13-megapixel, selain turut dilengkap sokongan BoomSound pada bahagian hadapan.

Untuk rakaman kamera belakang pula, HTC menyertakan kamera 20.2-megapixel, serta hadir dengan sokongan HTC Duo Camera – sesuatu yang telah dibuang pada HTC One M9 sebelum ini.

HTC J Butterfly 2015

Untuk pemprosesan, HTC J Buttefly baru ini dilengkapi cip Snapdragon 810 64-bit, memori 3GB RAM, serta hadir dengan ruangan storan terbina 32GB. Peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti 2700mAh, serta hadir dengan Android 5.0 Lollipop serta antaramuka HTC Sense.

Seperti sebelum ini, HTC J Butterfly ini turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu.

Buat masa ini, ia masih disasarkan untuk pasaran Jepun sahaja, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN