Video berbentuk time-lapse merupakan salah satu video yang menjadi trend dan diminati ramai untuk melihat beberapa aksi – sebagai contoh video daripada GoPro dan sebagainya. Untuk menguruskannya, terdapat beberapa perisian, dan terkini Microsoft turut menawarkan teknologi video mereka tersendiri dinamakan sebagai Hyperlapse.
Hyperlapse daripada Microsoft ini ditawarkan dalam bentuk aplikasi Android serta Windows Phone, dan juga perisian untuk pengguna desktop Windows. Melaluinya, pengguna boleh menyertakan sebarang video yang telah dirakamkan mereka, dan kemudian memprosesnya menggunakan perisian daripada Microsoft ini.
Perisian Hyperlapse daripada Microsoft ini membolehkan rakaman anda menjadi lebih stabil dan lancar berdasarkan kepada algoritma tersendiri. Microsoft mengatakan mereka membuat penstabilan video ini berdasarkan kepada algoritma mereka yang memproses imej – termasuk mengenal pasti wajah seseorang pada video untuk memastikan video akhir tidak terkesan daripada pemprosesan yang dilakukan oleh perisian Hyperlapse ini.
Perisian Hyperlapse untuk desktop membolehkan pengguna membuat penyuntingan tambahan seperti mengawal kelajuan video, menetapkan resolusi dan sebagainya, sementara untuk Android serta Windows Phone ia menawarkan penyuntingan asas.
Perisian Hyperlapse ditawarkan dalam bentuk trial percuma dan menambah watermark pada video akhir yang dihasilkan, sementara aplikasi Android dan Windows ditawarkan dalam bentuk preview. Tiada penawaran untuk iPhone buat masa ini daripada pihak Microsoft.
- Muat Turun
- Muat-Turun Microsoft Hyperlapse untuk desktop
- Muat Turun
- Muat-Turun Microsoft Hyperlapse untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun Microsoft Hyperlapse untuk Windows Phone