Cari @ Amanz

Phillips-Brilliance-1Penggunaan dua monitor sekaligus terbukti menaikkan kadar produktiviti anda. Kami sendiri menggunakan dua monitor kerana boleh menulis di monitor kanan dan monitor kiri pula memaparkan sumber artikel. Tidak perlu menekan kekunci tab untuk mengubah paparan skrin. Halangan utama menggunakan dua monitor ialah kos yang mahal dan ruang meja yang kecil. Oleh sebab itu Phillips menghasilkan monitor kembar siam Brilliance.

Ianya dua monitor 19″ yang digabungkan menjadi satu. Setiap monitor mempunyai resolusi 1080×1280 pixels dengan satu tapak universal untuk menjimatkan ruang meja. Kedua-dua belah monitor boleh dilaraskan bagi memberikan sudut pandangan terbaik kepada pengguna. Ia turut mempunyai bazel yang nipis yang membolehkan kedua-dua paparan skrin kelihatan bersambung sekiranya perlu. Monitor ini juga mempunyai 4 port USB 2.0 dan menyokong fungsi MHL bagi sambungan terus dengan peranti pintar. Ia dijual pada harga $440 sebuah.

Phillips-Brilliance-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd