NFTY : Pengecas Peranti Universal Kegunaan Kereta Dan Rumah Merangkap Power Bank

NFTY : Pengecas Peranti Universal Kegunaan Kereta Dan Rumah Merangkap Power Bank

Diterbitkan pada Mei 15, 2015 oleh .

Jumlah penggunaan peranti pintar semakin meningkat. Adalah normal sekarang untuk setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya tiga peranti pintar dalam bentuk telefon ataupun tablet. Di Amerika Syarikat sebuah bancian dilakukan dan mendapati 80% penduduk Amerika mempunyai peranti pintar di rumah. Kami tidak ada data yang sama untuk Malaysia tetapi mungkin setanding kerana kadar penggunaan peranti pintar di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

Ini mengakibatkan setiap rumah perlu mengecas peranti di akhir hari. Secara peribadi saya mengecas empat peranti sebelum tidur. Telefon pejabat, telefon peribadi, telefon isteri dan iPad untuk puteri kecil. Mengecas empat peranti serentak adalah sukar kerana perlu mencari empat palam kosong untuk empat pengecas.

NFTY-Battery-Bank

NFTY ialah pengecas universal yang akan menyelesaikan masalah mengecas di rumah dan juga di luar. Pengecas universal ini mempunyai 4 port USB membolehkan empat peranti dicas serentak. Terdapat juga penyesuai pencucuh rokok untuk mengecas di dalam kereta dan pin dua kaki untuk sambungan kepada palam biasa. Sekiranya tiada palam berdekatan NFTY turut mempunyai power bank terbina berkapasiti 4000 mAh. Pendek kata kesemua keperluan pengecasan anda boleh dipenuhi oleh NFTY

Pengecas universal NFTY masih mengumpul dana dan boleh dibeli pada harga $55. Harga yang mahal bagi sebuah pengecas tetapi sangat berguna untuk kegunaan harian mereka yang mempunyai lebih daripada satu peranti.

 

 


TIPS & ULASAN