Siaran Saluran Televisyen Digital Di Malaysia Akan Bermula Pada Jun 2015 Ini

Siaran Saluran Televisyen Digital Di Malaysia Akan Bermula Pada Jun 2015 Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2015 oleh .

Ketika pelancaran siri televisyen Sony BRAVIA berasaskan Android TV, pihak Sony Malaysia turut berkongsi sedikit mengenai sokongan DTT (Digital Terrestrial TV) yang akan digunakan secara meluas di Malaysia tidak lama lagi. Menurut Sony, semua siri televisyen baru mereka ini selari dengan tetapan DTT yang diimplementasikan oleh pihak SKMM untuk Malaysia.

DTT atau Digital Terrestrial TV merupakan sokongan siaran televisyen baru yang akan mula diadaptasi di Malaysia. Berbanding siaran sedia ada, siaran DTT membawakan pelbagai kelebihan menarik.

Malaysia DTTV

Salah satunya adalah sokongan siaran HD, berbanding hanya siaran SD sahaja pada masa ini. Ini membolehkan kualiti siaran yang lebih baik dinikmati para pengguna Malaysia. Disamping itu, pengguna turut akan diberikan peluang untuk memperlihatkan intisari rancangan terus pada kaca televisyen, membolehkan anda melihat apakah siaran yang akan datang pada sesuatu saluran berkenaan.

Pada masa yang sama juga, siaran DTT membolehkan pengguna memilih jenis sari kata yang ingin dipaparkan berdasarkan bahasa, selain siaran berkenaan juga bakal membolehkan pengguna menikmati lebih banyak saluran berbanding penggunaan analog sebelum ini.

Di Malaysia, kerajaan mengguna-pakai piawaian DVB-T2, dan mungkin jika anda ingin membeli televisyen selepas ini, mungkin boleh melihat kepada piawaian ini. Kerajaan juga dijangka akan mengedarkan sejumlah set-top-box untuk para pengguna tempatan yang terpilih untuk menghubungkan ia kepada televisyen sedia ada dan menikmati siaran digital ini. Siaran pertama berasaskan kepada digital ini dijangka bermula Jun 2015 ini.


TIPS & ULASAN