Groupon Menyenaraikan Apple Watch Sport Pada Harga RM1769

Groupon Menyenaraikan Apple Watch Sport Pada Harga RM1769

Diterbitkan pada Mei 15, 2015 oleh .

Groupon merupakan salah satu laman diskaun terkemuka di Malaysia, dimana kadang-kala mereka turut menyenaraikan penawaran gajet dan peranti menarik daripada para penjual mereka. Terkini, mereka dilihat turut menyenaraikan Apple Watch Sport bersama-sama kerangka Silver Aluminium pada saiz 38mm.

Melalui apa yang disenaraikan, Apple Watch Sport berkenaan ditawarkan pada harga RM1769 (setelah ditolak daripada harga asal RM2399). Penjualnya juga turut memberikan pilihan untuk membeli secara bayaran ansuran pada kadar RM34.02 seminggu.

Apple Watch Groupon

Seperti semua sedia maklum, Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple, dan boleh digunakan bersama-sama peranti iPhone 5 dan ke atas. Ia turut hadir dengan sokongan pemutar digital pada bahagian kanan untuk pengguna menatal dan menggunakan jam tangan berkenaan selain menggunakan skrin sentuhnya. Jam tangan pintar ini hadir dengan integrasi pelbagai notifikasi daripada aplikasi, selain turut membolehkan pengguna membalas mesej serta menjawab panggilan.

Namun, pada harga RM1769 ini boleh dikatakan masih mahal jikalau dibandingkan dengan pelbagai jam tangan pintar yang lain di pasaran.

Apple Malaysia masih tidak memberikan sebarang petanda berkaitan bilakah ia akan mula dijual di Malaysia.

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch


TIPS & ULASAN