Aplikasi MY Mobile Rights Daripada CFM Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Aplikasi MY Mobile Rights Daripada CFM Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Diterbitkan pada Mei 16, 2015 oleh .

Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan pelbagai laporan berkaitan rangkaian mudah-alih, serta pada masa yang sama menyediakan pelbagai tips untuk memudahkan pengguna. Sebelum ini, mereka sering mengedarkan risalah dan booklet – yang mana mungkin sukar untuk didapati pengguna umum. Dengan perkembangan dunia peranti pintar, hari ini mereka turut memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai My Mobile Rights.

Melalui aplikasi My Mobile Rights ini, ia menekankan kepada penawaran pelbagai informasi berkaitan syarikat telekomunikasi dan tips-tips untuk menjadikan pengguna bijak.

Aplikasi My Mobile Rights ini ditawarkan secara percuma, dan sedia dimuat-turun oleh pengguna Android hari ini. Menggunakannya, anda boleh menyemak pelan penawaran dan pakej telekomunikasi daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi Malaysia, memudahkan pengguna untuk membuat laporan berkaitan penyedia perkhidmatan, selain turut mengikuti pelbagai tips yang berguna berkaitan dengan penggunaan peranti pintar dan talian telekomunikasi.

CFM My Mobile Rights

Muat-Turun MY Mobile Rights untuk Android

Aplikasi ini dilihat masih belum berfungsi dengan lancar pada beberapa jenis telefon Android.


TIPS & ULASAN