Xiaomi Mi4i Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Xiaomi Mi4i Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 16, 2015 oleh .

Bagi para peminat peranti Xiaomi, mungkin ada yang menantikan pelancaran rasmi peranti Xiaomi Mi4i yang telah diumumkan pada bulan lepas. Seperti dijanjikan, Xiaomi Malaysia akan membawa masuk ia kepasaran tempatan, dan melancarkannya secara rasmi pada minggu hadapan, 21 Mei 2015.

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i merupakan peranti terbaru dibawah keluarga Mi (keluarga flagship daripada Xiaomi), dan hadir dengan rekaan berasaskan polikarbonat. Ia mengekalkan rekaan unibody, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615. Peranti ini turut menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi memori 2GB RAM, serta kamera belakang 13-megapixel. Untuk rakaman selfie, Xiaomi menyertakan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Harga jualannya dijangka akan diumumkan pada hari pelancaran kelak, dan melalui sasaran pengenalan sebelum ini, kita mungkin akan melihat harga jualannya dibawah RM800.


TIPS & ULASAN