Cari @ Amanz

Cermin mata realiti maya Oculus Rift akan mula dijual pada tahun hadapan. Jadi bagi memestikan bakal pengguna menyelami dunia maya dengan sebaik mungkin, Oculus mengumumkan spesifikasi minimum untuk peranti maya anda. Anda memerlukan sekurang-kurangnya sebuah komputer dengan pemproses Intel Core i5 4590, kad grafik Nvidia GTX 970 (atau AMD 290), 8 GB RAM, output HDMI 1.3, 2 port USB 3.0 dan sistem operasi Windows 7 SP1.  Spesifikasi yang nampak agak tinggi sekarang tetapi kami rasakan apabila Oculus Rift mula dijual spesifikasi ini sudah jatuh ke spesifikasi tahap sederhana.

Oculus Rift menjanjikan anjakan paradigma dalam cara kita bermain permainan komputer di masa hadapan. Dari beberapa demo yang pernah kami cuba sendiri memang Oculus RIft akan memberikan dimensi baru yang lebih imersif. Persoalannya sekarang berapa ramaikah pengguna PC yang akan mampu menggunakan cermin mata maya ini kelak kerana keperluan spesifikasi tinggi dan harga Oculus itu sendiri yang agak mahal.

oculus-rift-minimum-specs

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd