Microsoft Berkongsi Apa Yang Terjadi Sekiranya Menaik-Taraf Ke Windows 10 Daripada Windows Versi Cetak Rompak

Microsoft Berkongsi Apa Yang Terjadi Sekiranya Menaik-Taraf Ke Windows 10 Daripada Windows Versi Cetak Rompak

Diterbitkan pada Mei 16, 2015 oleh .

Salah satu soalan yang kerap ditanya oleh pengguna, bolehkah Windows versi cetak rompak dinaik-taraf ke Windows 10? Segala persoalan kini terjawab apabila pihak Microsoft sendiri tampil dalam memberi penerangan untuk pengguna yang menggunakan Windows versi cetak rompak ini.

Windows 10 resize 2

Pengguna cetak rompak masih boleh menaik-taraf ke Windows 10 melalui Windows Update, namun selepas proses pemasangan, pengguna akan disajikan dengan watermark pada desktop mereka. Perkara ini tidak mengurangkan sebarang fungsi namun boleh dikatakan sedikit mengganggu kecantikan desktop anda.

“…pengguna akan disajikan dengan watermark”

Microsoft juga menyarankan pengguna beralih ke perisian asli untuk terus mendapatkan sokongan sepanjang hayat, memandangkan Windows 10 adalah Windows versi terakhir keluaran mereka. Selepas ini, Windows akan bergerak sebagai sebuah perkhidmatan dan memperolehi kemaskini di bawah satu jenama sahaja.

Windows 10 resize 1

Secara kasar, ia bergerak seperti mana yang dilakukan oleh Chrome OS. Tiada Chrome OS 1, tiada Chrome OS 2, tetapi dikenali sebagai Chrome OS sahaja. Bermakna, Windows 10 akan terus dikenali sebagai Windows 10, dan mungkin akan datang akan dikenali sebagai Windows sahaja. Kemaskini tetap diberikan secara terus dalam menampilkan fungsi terkini dan perubahan antaramuka, menjadikan sistem operasi tersebut sentiasa baru pada setiap masa.

Windows 10 dijangka akan dilancarkan pada penghujung Julai tahun ini dan pengguna Windows 7 dan 8.1 sedia ada boleh menaiktaraf secara percuma untuk tahun pertama. Selepas setahun Windows 10 dilancarkan, pengguna Windows 7 dan 8.1 yang terlambat akan dikenakan caj untuk menaik-taraf ke Windows 10 mengikut versi yang ditetapkan.


TIPS & ULASAN