Samsung Galaxy S6 Edge Edisi Avengers Bakal Diperkenalkan

Samsung Galaxy S6 Edge Edisi Avengers Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mei 16, 2015 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah mengumumkan kerjasama khusus dengan Marvel untuk promosi bersama melalui filem Avengers. Terkini, melalui kerjasama berkenaan, Samsung dilihat bakal memperkenalkan telefon pintar mereka bertemakan khusus bersempena Avengers tidak lama lagi.

Samsung sendiri kini telah menerbitkan sebuah gambar teaser melalui akaun Twitter mereka, memperlihatkan sebuah kotak Samsung Galaxy S6 Edge bertemakan Avengers. Bagamanakah ia akan kelihatan dalam bentuk peranti masih menjadi tanda tanya.

Samsung Galaxy S6 Edge

Penawaran peranti ini dilihat mungkin terhad kepada beberapa negara sahaja, dan tidak ditawarkan secara meluas – menjadikan peranti ini agak eksklusif berbanding Galaxy S6 Edge biasa.

Dengan teaser yang telah dikeluarkan oleh Samsung ini, mungkin kita akan dapat melihat peranti tersebut diperlihatkan secara rasmi oleh Samsung tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN